Thursday, June 24, 2010

bapak gila stress wehh skrg nehh ! stress teramat-amat ! benci arh . dengan folio pebenda lagi yg tak siap . dengan karenah budak sekor uhh . dengan keadaan blog aku ni lagi . hmmm whatever laa dah x kesah pasal blog ni , biarla dye nk berhabuk ke pebenda huhh ! yang paling aku stress skrg ni ialah PMR dah nk dekat , tapi kenapa aku x pandai2 lagi nehh ! takde keyakinan langsung lehh dpt 8A nanti . hish . lagi2 dgn budak x sedar diri uhh . dulu kata permainkan aku laa dah ade couple laa . skrg boleh lagi tanya kt org lain yg aku marah lagi ke kt dye . gile bangang en ! dah la sebelum aku mencarut-carut lagi kat sini lebey baik aku berhenti menulis skrg . bye

Monday, June 7, 2010

Salam semua =)
sebenarnya aku hantar entri ni sebab tidak tahu hendak berbuat apa lagi . emm dan aku juga tahu yang sebenarnya tidak ada seorang manusia pun yang boleh membaca entri ini , kerana aku sudah membuatkannya menjadi 'private' , khas untuk aku sahaja supaya senang kalau aku nak catatkan rahsia yang besar dalam hidup aku . okey disebabkan tidak ada benda yang hendak aku beritahu , jadi aku nak letak gambar-gambar kenangan ini dalam blog ini .

Ini gambar-gambar sebelum tarikh 28 Jun 2009 , pada masa ini aku adalah 'couple' kepadanya

Ini pula gambarku bersama adik Zulfa Izzati pada tahun lepas


Sunday, June 6, 2010

Hai korang :)
Korang2 , korang pernah tak dikecewakan oleh insan bernama lelaki? Atau lebih sinonim dengan panggilan Kaum Adam? Nak tahu kenapa tiba2 aku tanya soalan tu? Sebab aku , mungkin sudah banyak kali dikecewakan pada usia yang belum cukup 15 tahun . Terlalu muda? HAHA dah tua lahh sebenarnya . Aku sangat kecewa dengan sikap sesetengah daripada manusia ni yang selalu menilai orang lain tanpa mengetahui cerita yang sebenarnya . Nak tahu apa benda yang aku nak cerita ni? Ini dia . Mungkin ada daripada korang yang dah tau sedikit daripada cerita ini . Baru2 ini, aku sudah dikecewakan oleh seorang lagi kaum Adam yang mempergunakan asetnya untuk mempermainkan perempuan . Ya, aku terlalu bodoh kerana mempercayainya . Tetapi, mungkin sudah hikmah kenapa aku sering malu2 dengannya , kerana Allah ingin menghalang kitorang daripada melakukan maksiat seperti berpegangan tangan . Haa, mungkin bagi korang tu perkara biasa, yelah budak bandar. Mesti korang ingat aku ni budak kampung . Sangkaan korang salah. Aku adalah anak jati Selangor , duduk di kawasan bandar . Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu biasa melihat pasangan kekasih berdua-duaan di taman ataupun tepi tasik. Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu sinonim dengan pasangan 'couple' di sekolahku .Mungkin korang hairan kenapa aku ni seperti baik sangat , atau lebih sesuai dikatakan 'skema' ?
Mungkin sebab ni lahh sekarang ramai remaja yang menjadi terlalu bebas dan lebih suka bersosial . Sebab apa? Diorang taknak dikatakan skema dan alim. HAHA . Bodohnya diorang . Apa diorang ingat dunia ni kekal? Apakah pandangan orang lain terhadap diorang begitu penting? Kenapa kalau orang berbuat baik , orang kata "Alahaii , alimnyaa" atau "Skema doh ko ni" . Tetapi, jika orang melakukan maksiat , orang kata "Haa , ni lah anak jantan/ perempuan hot" . Ehh , dah lari daripada cerita laa . Okey aku sambung . Apabila sudah dikecewakan, maka ada seorang lagi lelaki yang datang dalam hidupku . Dialah yang membuat hidupku bercahaya seperti dahulu . Dia hanyalah seorang lelaki yang kukenal melalui telefon bimbit, tetapi aku akui yang kehadirannya banyak menyembuhkan lukaku yang memang sudah terluka sejak lama dahulu . Sekurang-kurangnya , dia membuatkan aku mempercayai lelaki , dan bukannya membuatkan aku terus hanyut dalam andaianku , bahawa lelaki ini hanyalah pemusnah hidup wanita . Setelah dia hadir , ada manusia yang mengatakan bahawa aku ini perempuan yang terhegeh-hegeh kepada lelaki. Sebab apa? Aku sentiasa menantikan kehadirannya .Tetapi, aku sentiasa sedar akan batasan kami, dan aku tidak pernah menaruh harapan kepadanya . Dia hanyalah pengubat lukaku , atau lebih sesuai kukatakan , sahabatku .

hai semua :) dan selamat malam .
aku sebenarnya tengah sedih gler2 ni sbb ada seorang makhluk , yakni ciptaan Allah juga , seperti kita semua telah membuatkan hatiku ini terasa seperti sudah pecah hancur berkecai . Rasa macam hati ni dicili-cili ngan cili api pon ada gak . Aku tak paham lahh kenapa kita sesama manusia harus , atau perlukah aku cakap 'wajib' menyakitkan hati orang lain? Apakah kerana selepas melakukan perbuatan itu, mereka terasa puas? Atau syaitan di dalam diri diorang yang puas sebenarnya? Yeahh , aku tahu dan teramat sedar yang aku ni pun sebenarnya tak sempurna . Kot2 lagi banyak syaitan dalam diri aku ni daripada diorang , sampaikan diorang berhak mengatakan yang diri ini mempunyai lebih banyak dosa daripada diorang . Apakah diorang malaikat 'atid , yang mencatat dosa manusia? Atau apakah diri ini terlampau jahat sampaikan pernah melakukan maksiat? Tidak, selama aku hidup 14 tahun setengah di dunia yang sungguh kejam ini, aku tidak pernah melakukan dosa besar. Mungkin ada yang aku tidak perasan . Tapi pernahkah aku membunuh orang? Pernahkah aku memfitnah orang? Pernahkah aku membuli orang? Atau dosa yang mungkin kecil bagi korang, meniru orang dalam peperiksaan . Pernah eyh? Pernah ke? Jawab laa . Aku sebenarnya kadang2 pernah terfikir . Hmm , bukan kadang2 , selalu . Kenapa perlu aku ada di dunia ini kalau aku sebenarnya ditakdirkan menjadi orang yang tidak berguna? Ohh , ye aku tahu aku berdosa jika menyoalkan qada' dan qadar Allah S.W.T . Tapi, apa yang diorang nak aku lakukan sebenarnya? Aku sedar yang diriku ini sangat dibenci oleh mereka . Yaa mungkin juga mereka tak ingin pun tengok muka aku ni . Yelahh , orang yang penuh dosa dan penuh dengan keburukan . Ye , sampai sekarang aku tak dapat jawapan yang aku cari, kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Kenapa aku perlu ada? Untuk apa aku ada? Adakah hanya untuk mencukupkan bilangan orang yang jahat di dunia? Atau , hanya untuk merasai kepedihan hidup? Ya Allah , bagitau la jawapan kepada soalanku ini . Aku sangat memerlukannya untuk menjadi semangat meneruskan hidup di dunia yang fana ini , kerana apa? Kerana aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa bergantung harap padamu , dan kerana aku hanya mempunyai Kamu .

Saturday, June 5, 2010

Hai semua . Selamat pagi :)
Okey lah aku nak cerita pasal semalam . Memandangkan semalam sudah bermulanya cuti 2 minggu yang teramat panjang bagiku , kami sekeluarga berangkat ke Subang, Selangor untuh pergi ke kenduri kahwin orang yang sudah berkahwin (aikk?ayattt =.=) . First2 en sebenarnya umi aku ingat ari ni taw kendurinya , tapi disebabkan niat keluarga kitorang yang suci bersih ikhlas nk pegi kenduri uhh , Allah telah mengingatkan kitorang menggunakan orang perantaraannya , iaitu kakakku dan kawannya . Mula2, kakak aku telefon kawan dye uhh .Diorang ckp2 arr pasal kenduri tu . Then, kawan kakak aku tu cakap yg kenduri tu minggu depan . Umi aku pon pelik asal lak minggu depan kan . Pastu, dye tengok kad jemputan tu . Haa, tengok2 upe-upenya semalam lerr . Nasib baik time tu awal lagi . Aku pon siap2 , mandi2 , pakai2 baju , last2 pakai tudung . Haa , aku takdelah make-up cam kakak aku . Aku nak muka natural jew . Sebab tu ar aku cepat siap . Kakak aku nak pakai bedak ler , eye-liner ler , lipgloss ler , maskara lagi . Huh , penat eden . Haa, bila dah sampai tu kitorang pon makan2 laa ape lagi kan . Rugi gler kalo tak makan free :D . Pastu kitorang pergi la kat Blok 7 , nak ziarah kawan lama mak aku . Tengok laa gambar ni . Kitorang tangkap kat luar umah dye .

Nurul Amanina , Nurul Shahirah Muhammad Zulkhairi

Me

Tak sengaja ter'ayu' plak HAHA Ni aku suka , sbb nampak tinggi dan kurus hehe
Then , kitorang pon pergi laa plak kat rumah kawan lama mak aku gak . Tapi tak berapa nak ingat namanya hehe . Kat situ aku tengok cite Hindustan TV3 uhh . Bila dah abis , makan2 minum2 . Then balik . Tapi korang jangan ingat sekejap jew kitorang kat situ . Nak dekat 1 jam gak . Huhu . Kemudian, perjalanan kitorang diteruskan ke Kampung Baru, Subang . Sampai2 , mak aku suruh adik-beradik aku yang berdiri depan pintu , then empunya rumah tu dah bukak . Dye tengok muka kitorang lama2 then aku cakap "Ni macam tak kenal je" HAHA . Pastu baru mak aku munculkan diri hehe . Kitorang pon masuk laa . Aku usha je nak tengok ada ke budak lelaki yg sebaya ngan aku uhh . Lama2 dye pon kuar sbb mak dye panggil . Actually aku kenal dye sejak darjah 3 ke 4 aku tak sure . Bila dah tengok muka dye masa besar ni lain plak . Atau aku ingat2 lupa jew muka dye masa kecik =.= . Bila dah nak balik tu , kitorang amik gambar lagi . Sebab pe? kakak aku menggatal nak amik . Haa , tengok lahh :

Ni kakak aku tangkapkan . Dah terang lagi bersuluh , dye tak pandai tangkap . Tu lahh sebab muka aku penuh dengan cahaya x-(

Ni lagi satu adik aku mewarisi kepandaian kakak aku dalam menangkap gambar (*Ohh kakakku&adikku , maafkanlah aku jika ada tersalah bicara :D) . Sebenarnya masa ni aku buat muka camtu sbb , masa tu kat luar, ada budak lelaki tu . Then , dye tengok laa kitorang tangkap gambar . Maluuu .

Kakakku dan aku . (*actually kakak aku skul Teknik , so kitorang jarang lahh leh jumpe)

Candid . Tengah pakai tas tangan mak aku yang nampak elegan hehe .



Di dalam kereta :)

Okeylah rakan-rakanku sekalian , sampai di sini sahaja coretanku pada kali ini . Wassalam

Friday, June 4, 2010

Aku Benci/Sayang Dia

korang korangg , nak tahu satu benda tak? korang tahu tak yang ... aku 'suka' gila2 bila tahu yang DIA uhh sebegitu buruknya pekerti sampai sanggup bwat aku 'ceria' gler macam ni . okey2 ni muka frust aku . HAHA bukan nampak pon mukanya :

cantik tak jalur2 putih kat seluar hitam aku uhh ? haha (*takde motif)konon bwat muka comel ar tu shahirah? HAHA

Laudya Cynthia Bella vs. Ayushita (Bukan Bintang Biasa)

assalamualaikum semua . sebagaimana tajuk blog di atas , aku nak bagitau kat korang satu berita menarik nihh . korang caye tak kalo aku cakap yang muka diorang macam kembar? serius wehh , memang sama kalo ayushita buat rambutnya seperti laudya cynthia bellla . ini lah buktinya :

Ayushita

Laudya Cynthia Bella


haa, dah tengok kan? cuba la bandingkan. macam kembar seiras en? tapi aku pon tak pasti sangat la . tapi bila aku 'search' nama ayushita . mmg ada gambar yg atas tu . takkan la tiba2 kat web ayushita ada gambar laudya cynthia bella pulak kan? try tengok gambar diorang betul2 . mmg ada beza kat dagu , dan kalau tengok gambar ayushita , lama2 korang perhatikan , mmg boleh tahu tu mmg dye .

okey tu je aku nak bagitau . tata sygg :)