bapak gila stress wehh skrg nehh ! stress teramat-amat ! benci arh . dengan folio pebenda lagi yg tak siap . dengan karenah budak sekor uhh . dengan keadaan blog aku ni lagi . hmmm whatever laa dah x kesah pasal blog ni , biarla dye nk berhabuk ke pebenda huhh ! yang paling aku stress skrg ni ialah PMR dah nk dekat , tapi kenapa aku x pandai2 lagi nehh ! takde keyakinan langsung lehh dpt 8A nanti . hish . lagi2 dgn budak x sedar diri uhh . dulu kata permainkan aku laa dah ade couple laa . skrg boleh lagi tanya kt org lain yg aku marah lagi ke kt dye . gile bangang en ! dah la sebelum aku mencarut-carut lagi kat sini lebey baik aku berhenti menulis skrg . bye
Thursday, June 24, 2010
Monday, June 7, 2010
Sunday, June 6, 2010
Hai korang :)
Korang2 , korang pernah tak dikecewakan oleh insan bernama lelaki? Atau lebih sinonim dengan panggilan Kaum Adam? Nak tahu kenapa tiba2 aku tanya soalan tu? Sebab aku , mungkin sudah banyak kali dikecewakan pada usia yang belum cukup 15 tahun . Terlalu muda? HAHA dah tua lahh sebenarnya . Aku sangat kecewa dengan sikap sesetengah daripada manusia ni yang selalu menilai orang lain tanpa mengetahui cerita yang sebenarnya . Nak tahu apa benda yang aku nak cerita ni? Ini dia . Mungkin ada daripada korang yang dah tau sedikit daripada cerita ini . Baru2 ini, aku sudah dikecewakan oleh seorang lagi kaum Adam yang mempergunakan asetnya untuk mempermainkan perempuan . Ya, aku terlalu bodoh kerana mempercayainya . Tetapi, mungkin sudah hikmah kenapa aku sering malu2 dengannya , kerana Allah ingin menghalang kitorang daripada melakukan maksiat seperti berpegangan tangan . Haa, mungkin bagi korang tu perkara biasa, yelah budak bandar. Mesti korang ingat aku ni budak kampung . Sangkaan korang salah. Aku adalah anak jati Selangor , duduk di kawasan bandar . Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu biasa melihat pasangan kekasih berdua-duaan di taman ataupun tepi tasik. Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu sinonim dengan pasangan 'couple' di sekolahku .Mungkin korang hairan kenapa aku ni seperti baik sangat , atau lebih sesuai dikatakan 'skema' ?
Mungkin sebab ni lahh sekarang ramai remaja yang menjadi terlalu bebas dan lebih suka bersosial . Sebab apa? Diorang taknak dikatakan skema dan alim. HAHA . Bodohnya diorang . Apa diorang ingat dunia ni kekal? Apakah pandangan orang lain terhadap diorang begitu penting? Kenapa kalau orang berbuat baik , orang kata "Alahaii , alimnyaa" atau "Skema doh ko ni" . Tetapi, jika orang melakukan maksiat , orang kata "Haa , ni lah anak jantan/ perempuan hot" . Ehh , dah lari daripada cerita laa . Okey aku sambung . Apabila sudah dikecewakan, maka ada seorang lagi lelaki yang datang dalam hidupku . Dialah yang membuat hidupku bercahaya seperti dahulu . Dia hanyalah seorang lelaki yang kukenal melalui telefon bimbit, tetapi aku akui yang kehadirannya banyak menyembuhkan lukaku yang memang sudah terluka sejak lama dahulu . Sekurang-kurangnya , dia membuatkan aku mempercayai lelaki , dan bukannya membuatkan aku terus hanyut dalam andaianku , bahawa lelaki ini hanyalah pemusnah hidup wanita . Setelah dia hadir , ada manusia yang mengatakan bahawa aku ini perempuan yang terhegeh-hegeh kepada lelaki. Sebab apa? Aku sentiasa menantikan kehadirannya .Tetapi, aku sentiasa sedar akan batasan kami, dan aku tidak pernah menaruh harapan kepadanya . Dia hanyalah pengubat lukaku , atau lebih sesuai kukatakan , sahabatku .
hai semua :) dan selamat malam .
aku sebenarnya tengah sedih gler2 ni sbb ada seorang makhluk , yakni ciptaan Allah juga , seperti kita semua telah membuatkan hatiku ini terasa seperti sudah pecah hancur berkecai . Rasa macam hati ni dicili-cili ngan cili api pon ada gak . Aku tak paham lahh kenapa kita sesama manusia harus , atau perlukah aku cakap 'wajib' menyakitkan hati orang lain? Apakah kerana selepas melakukan perbuatan itu, mereka terasa puas? Atau syaitan di dalam diri diorang yang puas sebenarnya? Yeahh , aku tahu dan teramat sedar yang aku ni pun sebenarnya tak sempurna . Kot2 lagi banyak syaitan dalam diri aku ni daripada diorang , sampaikan diorang berhak mengatakan yang diri ini mempunyai lebih banyak dosa daripada diorang . Apakah diorang malaikat 'atid , yang mencatat dosa manusia? Atau apakah diri ini terlampau jahat sampaikan pernah melakukan maksiat? Tidak, selama aku hidup 14 tahun setengah di dunia yang sungguh kejam ini, aku tidak pernah melakukan dosa besar. Mungkin ada yang aku tidak perasan . Tapi pernahkah aku membunuh orang? Pernahkah aku memfitnah orang? Pernahkah aku membuli orang? Atau dosa yang mungkin kecil bagi korang, meniru orang dalam peperiksaan . Pernah eyh? Pernah ke? Jawab laa . Aku sebenarnya kadang2 pernah terfikir . Hmm , bukan kadang2 , selalu . Kenapa perlu aku ada di dunia ini kalau aku sebenarnya ditakdirkan menjadi orang yang tidak berguna? Ohh , ye aku tahu aku berdosa jika menyoalkan qada' dan qadar Allah S.W.T . Tapi, apa yang diorang nak aku lakukan sebenarnya? Aku sedar yang diriku ini sangat dibenci oleh mereka . Yaa mungkin juga mereka tak ingin pun tengok muka aku ni . Yelahh , orang yang penuh dosa dan penuh dengan keburukan . Ye , sampai sekarang aku tak dapat jawapan yang aku cari, kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Kenapa aku perlu ada? Untuk apa aku ada? Adakah hanya untuk mencukupkan bilangan orang yang jahat di dunia? Atau , hanya untuk merasai kepedihan hidup? Ya Allah , bagitau la jawapan kepada soalanku ini . Aku sangat memerlukannya untuk menjadi semangat meneruskan hidup di dunia yang fana ini , kerana apa? Kerana aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa bergantung harap padamu , dan kerana aku hanya mempunyai Kamu .
Saturday, June 5, 2010
Hai semua . Selamat pagi :)
Okey lah aku nak cerita pasal semalam . Memandangkan semalam sudah bermulanya cuti 2 minggu yang teramat panjang bagiku , kami sekeluarga berangkat ke Subang, Selangor untuh pergi ke kenduri kahwin orang yang sudah berkahwin (aikk?ayattt =.=) . First2 en sebenarnya umi aku ingat ari ni taw kendurinya , tapi disebabkan niat keluarga kitorang yang suci bersih ikhlas nk pegi kenduri uhh , Allah telah mengingatkan kitorang menggunakan orang perantaraannya , iaitu kakakku dan kawannya . Mula2, kakak aku telefon kawan dye uhh .Diorang ckp2 arr pasal kenduri tu . Then, kawan kakak aku tu cakap yg kenduri tu minggu depan . Umi aku pon pelik asal lak minggu depan kan . Pastu, dye tengok kad jemputan tu . Haa, tengok2 upe-upenya semalam lerr . Nasib baik time tu awal lagi . Aku pon siap2 , mandi2 , pakai2 baju , last2 pakai tudung . Haa , aku takdelah make-up cam kakak aku . Aku nak muka natural jew . Sebab tu ar aku cepat siap . Kakak aku nak pakai bedak ler , eye-liner ler , lipgloss ler , maskara lagi . Huh , penat eden . Haa, bila dah sampai tu kitorang pon makan2 laa ape lagi kan . Rugi gler kalo tak makan free :D . Pastu kitorang pergi la kat Blok 7 , nak ziarah kawan lama mak aku . Tengok laa gambar ni . Kitorang tangkap kat luar umah dye .
Nurul Amanina , Nurul Shahirah Muhammad Zulkhairi
Me
Tak sengaja ter'ayu' plak HAHA
Ni aku suka , sbb nampak tinggi dan kurus hehe 
Ni kakak aku tangkapkan . Dah terang lagi bersuluh , dye tak pandai tangkap . Tu lahh sebab muka aku penuh dengan cahaya x-(
Ni lagi satu adik aku mewarisi kepandaian kakak aku dalam menangkap gambar (*Ohh kakakku&adikku , maafkanlah aku jika ada tersalah bicara :D) . Sebenarnya masa ni aku buat muka camtu sbb , masa tu kat luar, ada budak lelaki tu . Then , dye tengok laa kitorang tangkap gambar . Maluuu .
Kakakku dan aku . (*actually kakak aku skul Teknik , so kitorang jarang lahh leh jumpe)
Candid . Tengah pakai tas tangan mak aku yang nampak elegan hehe .
Di dalam kereta :)
Friday, June 4, 2010
Aku Benci/Sayang Dia
korang korangg , nak tahu satu benda tak? korang tahu tak yang ... aku 'suka' gila2 bila tahu yang DIA uhh sebegitu buruknya pekerti sampai sanggup bwat aku 'ceria' gler macam ni . okey2 ni muka frust aku . HAHA bukan nampak pon mukanya :
Laudya Cynthia Bella vs. Ayushita (Bukan Bintang Biasa)
assalamualaikum semua . sebagaimana tajuk blog di atas , aku nak bagitau kat korang satu berita menarik nihh . korang caye tak kalo aku cakap yang muka diorang macam kembar? serius wehh , memang sama kalo ayushita buat rambutnya seperti laudya cynthia bellla . ini lah buktinya :
Ayushitaokey tu je aku nak bagitau . tata sygg :)
Thursday, June 3, 2010
Hai korang koranggg sume . Aku ade satu cite menarik nihh nk bagitau . Wey2 , korang tau tak yang lelaki ni semuanya x guna? Tahu x wey? Kalau tak tahu lagi , nahh aku dah bagitau HEHE . Nak tau apa buktinya? Banyak gile weyy . Ini dia :
Bukti Pertama :
Masa aku tingkatan 1 dulu , aku ni kan aktif gila dalam Myspace . Jadi aku banyak la komen2 , mesej2 en . Then, aku ada la kenal seorang abang tingkatan 2 ni , sekolah aku gak . Selepas itu , lama2 dah borak2 , dye minta 'couple' . aku 'accept' . Selepas beberapa hari, dia minta 'clash' . Memang dasar lelaki tak sedar diri kan? HAHA . Sudah lumrah lelaki kan . Kemudian, masa aku tingkatan 2 . Masa Hari Pesta Makanan, aku pergi gerai kakak aku (*buat makluman korang, lelaki itu sekelas dengan kakak aku) . Bila kawan2 dye dah tau yg aku ni pernah ter'couple' dengan dye , diorang pon usik2 lahh aku ini yang tak berapa nak lawa . Dye pulak syok mengusha aku ini . Dah nampak betapa 'baik'nya lelaki?Nak lagi? Ini dia ...
Bukti Kedua :
Yahh, ini mengenai bekas kekasihku yang comel ! Hak3 . Okey , kitorang kan dah 5 bulan 'couple' , then 'clash' . Korang nak tau satu benda? Dia menggedik minta 'clash' sebab aku dah cerita kat blog ni dulu yang aku nak minta 'clash' tapi x sanggup . Bila dia dah tau benda tu, dia takut la aku bwat betul2 en , so dia mengambil langkah inisiatif dengan membuat aku rasa seperti hendak menerajangnya. Nak tau ape? Mintak 'clash' tu la! Itu merupakan bukti yang sangat kukuh yang membuktikan bahawa lelaki ini penakut? atau lebih sesuai dikatakan dayus? apa-apa je lah . nilaikan sendiri ...
Bukti Ketiga :
Ini pula mengenai si ketot yang sungguh keding HAHA . Begini, pada mulanya, dia menggunakan orang perantaraan antara aku dan si dia (dayus x dia ni?) . Lama2 , aku dah kenal sendiri , dah tengok muka dia yang tak berapa nak comel tu , aku pon melakukan tindakan yang teramat bodoh dengan memberikannya arca sabun ciptaan teman rapatku HEHE . Selepas beberapa hari , aku mendapat khabar angin yang melayang-layang , bahawasanya , dia begitu menyukai arca sabun itu sehinggakan mencium-ciumnya Hak3 . Kemudian , aku melakukan sekali lagi tindakan yang 'stupid' dengan memberinya kad . Sebenarnya, kad itu bukannya 100% isi hatiku , kerana apa? Kerana temanku tadi telah men'touch-up' kad tu . Dia pegi tambah ayat2 jiwang , tak ke mamat tu akan terlebih perasan yang aku suka kat dia? HAHAHA . Part Klimaksnya ialah pada hari ini, aku sudah mengetahui kebenaran yang teramat benar , yang si ketot+keding ini adalah 'LIAR' . Haha? Maksud aku Pembohong . Tapi , kalau liar? Emm , betul jugak kot :D . Dia ini ialah lelaki yang paling dayus , pengecut , dan superbangang sedunia . Sudahlah ketot, hendak jadi Playboy? Tolonglah broo!
Thursday, May 27, 2010
Kini Ku Tahu
hello semua :)
aku nak cerita kisah sedih ni . blog ni pon aku bwat sbb aku nak luahkan apa yang terbuku dalam hati . korang dah tau kan pasal si mamat yang kononnya suka kat aku tuhh kan . okey , sejak aku dah berjumpa sendiri dengan dia . dah face to face dengan dia , aku try nak bukak hati ni untuk terima dia . tapi yang susahnya ialah dia tu malu-malu la ngan aku . so , aku ni kan macam ego sikit . hee`(mengaku ni.jujur ni :D) . aku pon macam kalau ternampak dia ke , aku tak tengok la . macam kalau aku tahu yang dia tengah pandang aku pon , aku tak pandang dia balik . sebab pe ? aku nak kembali hidup macam dulu ar weh , aku nak hidup tanpa aku tahu yang ada orang suka kat aku . aku taknak sebab terlalu asyik bercinta , aku takleh study betul2 , sebab benda ni dah berlaku time aku form 2 dulu , dan ianya betul2 membuatkan aku serik . disebabkan cinta , pelajaran aku terabai , aku selalu sakit hati . maksudnya , sia-sia jew aku bercouple dulu . aku tak dapat pape pon . aku cuma dapat luka yang sampai sekarang tak sembuh2 disebabkan dia . aku takut kalo aku bercouple lagi , sejarah tu akan berulang . aku taknak pisang berbuah dua kali :( . tapi , mamat tu tak pernah nak faham . dah la malu2 kucing . pastu , dah pandai nak buat hal . skrg ni bila jumpa aku , buat muka sombong . dulu dia yang meminta-minta perhatian . skrg , HUH ! ni la yang membuatkan aku BENCI CINTA . okey la , aku taw mimpi buruk yang aku pernah ceritakan dulu uhh , sebenarnya hikmah untuk aku . Allah S.W.T nak bagitau aku yang aku tak boleh berharap kat lelaki macam dia . terima kasih Kekasihku :)
Saturday, May 8, 2010
Cinta Baru?
Friday, May 7, 2010
MIMPI BURUK :-(
korang tau ark, baru semalam aku dapat mimpi buruk uhh. mimpi tuh betul2 bwat aku rasa sedih sangat2. macam ni mimpinya:
aku ni ada la suka kat sorang mamat segak ni . hehe . sampaikan skrg ni dah angau kt dye . mana taknya , comel sangat meyh !!! pastu aku ada la bwk seorang kawan ni kalo setiap kali nk jumpa dye . tapi kawan aku tu la yang cakap kt dye setiap kali kitorang jumpa . aku diam jee . malu doe ! pastu , satu hari ni . aku macam ada dengar gosip la yang si mamat comel ni suka kat kawan aku uhh . pastu aku ajak kawan aku uhh suruh ajak mamat ni datang jumpa aku . then , aku tanya la dye camni "awak, awak tolonglah jujur kat saya . awak suka kat saya ke kawan saya?" pastu dye jawab "saya suka kat kawan awak" . erghhh ! tension giler arh aku time uhh . aku pon bawak la diri . yg aku peliknya, aku bwk diri kejap je . naik bas . pastu bila dah sampai kt mana2 perhentian , aku turun . pastu aku jalan kaki pegi sekolah balik . HAHA? bila dah sampai kat sekolah , memang aku tak cakap pape pon . senyum tak . apetah lagi ketawa .
Persoalannya : Adakah mungkin mimpi ini akan berlaku di kehidupan sebenar ? harap-harap TAK !
Saturday, April 24, 2010
hyehye cmua :)
actually aku ada cite nk kongsi ngn korang , aku ni bukan apa ,dah tak larat sangat2 nk tanggung rasa sedih ni sorang2 . aku sebenarnya selalu terkilan dgn sikap sesetengah drpd kawan2 aku yg aku rasa melampau , aku pon tak tau la camne nk explain . sebenarnya aku ni rapat ngn diorang sejak taon lepas lagi , bila taon ni kelas kitorang dah x sama , jadi takdela rapat cam dulu lagi dah . kalo nk cari masa untuk berbual sume , mmg takde masa la , tu la nk sebut betapa sibuknya kitorang taon ni , dulu pon time form 2 aku takdela busy gilew2 cam skunk . kadang2 uhh nk gi koir la , koko lagi . aku sebenarnya slalu gak nk cari masa dgn diorang , tapi ... entahla ,,, nampaknya diorang pon cam takleh paham diri aku , bila nampak aku rapat skit ngn org lain , mula la nk jealous , yg aku pulak mmg dh confirm2 cpat sensitif , aku pon tak layan la diorang uhh , aku takleh arr weh , nk layan karenah diorang , bukannya diorang x tau aku ni jenis yg camne , nakkk jugak sakitkan hati aku , kalo bukan nk ingatkan yg aku syg kat diorang , boleh jew aku cari kawan lain . diorang kene la faham , aku sorang jew dalam geng tu yang lain kelas , so aku kena la cari kawan lain , tapi x bermaksud yg aku pinggirkan diorang . x penah terfikir pon !!! ish !!! kalo aku nk ceritakan rahsia aku kat diorang , kadang2 uhh rasa was2 gak , yelaa diorang uhh cam terlalu berterus-terang kalo nak bagitau pendapat diorang , memang boleh , tapi janganla sampai nk menyakitkan hati aku yg dah lama berdarah ni , pastu kalo aku mengadu pape kat diorang , kadang2 uhh diorang akan gunakan balik cara tu untuk menyakitkan hati aku . aku tak tau la weyy , kadang2 aku rasa aku tak boleh percayakan sesiapa pon dalam dunia ni kecuali Allah la , dah pasti . sbb ape? family aku sendiri pon aku takleh caye , dah namanya family kan , mestilah aku ade bagitau masalah aku kt diorang . pastu , bila satu hari tu , aku gaduh ngn salah seorang drpd diorang , dye akan guna balik rahsia tu untuk sakitkan hati aku . mana taknya aku FOBIA nak bagitau masalah aku , ape lagi kalo kat kawan sendiri , kalo sebahagian drpd hidup aku sendiri tak pernah nk memahami aku . okey, aku faham yg aku ni bukan jenis yg mudah mengalirkan air mata di depan org yang teramat nak aku mengalirkan air mata , aku ni jenis yg susah nak mempamerkan perasaan aku di depan org yang teringin nak faham diri aku ni macam mana , aku ni jenis kalo dah sayang , susah nk pamerkan perasaan tu kat org uhh jadi org yang teramat aku syg pon akan tinggalkan aku , sbb dye rasa yg aku ni tak pernah sygkan dye pon . aku tau sikap aku yg macam ni selalu membuatkan org susah nak memahami perasaan aku . tapi aku cuma nak diorang tau , yang aku ni terlalu sygkan diorang walaupon diorang x penah sygkan aku dan tak ingin pon nak tengok muka aku yang terlalu hodoh ni . aku terlalu sygkan persahabatan aku ngn diorang dan taknak kehilangan diorang . aku terkilan sgt2 , sbb kalo aku terserempak ngn diorang ke , diorang buat tak tau je , mcm aku ni org asing . ye ! aku tau aku ni bukannya org yang terlalu banyak cerita untuk diceritakan , dan lebih tepat lagi , aku ni bukannya RATU GOSIP . tapi lepas aku fikir2 balik , adakah kawan ini hanya untuk bercakap dan bercakap ??? yang aku tau , erti kawan ialah org yg selalu mendengar masalah yg kte ade dan menenangkan perasaan kite . yg aku tau , kawan adalah org untuk kita berkongsi suka dan duka . tapi apa ni ??? adakah diorang menganggap kawan ni hanyalah org yg bercakap tanpa henti ??? apa diorang ingat aku ni mesin bercakap ke ??? aku tak tau la kalau aku mencatat rahsia yg aku simpan selama ni kt blog ni pon , org akan sentiasa menyakiti aku dgn menggunakannya ??? ENTAH !!! tu je jawapan yg paling tepat
Friday, April 9, 2010
HyeHye semua follower dan non-follower . aku nihh baru jew dapat result for Ujian Bulanan 1 (Mac) , time nk bwat uhh memang la kecut gak en , sape yg x kecut uhh x normal laa , heheh . Just kidding guys . for kertas Math , time mula2 bwat uhh memang la confident gila2 , yelaa soalan 'Kacang' jew kata orang len laa , hahah . That's the reason classmates aku ramai yang dapat 100% . alaa , tak mustahil la bagi org pandai macam diorang en . kalo kelas Aman lagi gempak beb , seorang sahaja yg mendapat B+ , itu pon sebab die bwat careless mistakes . nak tau ape sebab lagi ? sebab... korang imagine laa , dalam kertas uhh ade 8 soalan jew , sume SUBJEKTIF , satu markah dalam tu mewakili 4/100 , so ramai la yg berkemungkinan gagal . tu jangkaan awal jew , rupa-rupanya , selepas disoal selidik , dikaji selidik , dan melalui proses pemerhatian yg panjang (ehh, masuk dalam bab Science pulak dah . Geografi pon ade gak) , barulah aku mengetahui bahawa kelas Aman dan kelas Amanah (kelasku), rupa2nya kelas KRK . HAHA . Kidding lorh . sebenarnya mmg ramai yg pandai Math dalam kelas aku , Except me ^.^
Kalau korang nak tau , ini la result aku :-
BAHASA MELAYU-70%
BAHASA INGGERIS-75%
MATHEMATICS-72% , huuu :-(
SCIENCE-81%
AGAMA IS4LAM-90%
SEJARAH-94%
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU-83%
GEOGRAFI TEMPATAN-86%
Gred : 5A 3B
ini pula kedudukan dalam kelas :-
3)Anis Arina - 7A 1B
4)Nur Shafiqah - 6A 2B
5)Nur Hafizwani - 6A 2B
6)Nurhafeefa Suraya - 6A 2B
7)Fariza Nubaila - 6A 2B
8)Davekumar - 5A 3B
9)Darren - 5A 3B
10)Nurul Nadia Syamimi - 5A 3B
11)Nor Aina Najwa - 5A 3B
12)Nurul Lyana - 6A 1B 1C
13)Syafira Adlin - 5A 3B
14)Teh Kheng Yew - 6A 1B 1C
15)Syahirah - 5A 3B
16)Nurul Shahirah - 5A 3B
17)Muhammad Syafiq - 5A 3B
18)Muhammad Fauzan - 5A 3B
19)Nur Afiqah - 5A 3B
20)Lokeswaran - 4A 3B
ect.
tengok laa dan nilaikan~
Friday, January 8, 2010
2010 is coming

Assalamualaikum, akhirnya tahun 2010 datang juga menjenguk kita di sini :) tahun yang sungguh menggerunkan bagi aku datang jugak, yela mana tak nya dah nak dekat PMR, kecut jew.Tapi, aku dah ada azam untuk tahun baru ni :
1)Nak siapkan keje sekolah on time, dan dibuat dengan sepenuh hati
2)Lupakan tentang lelaki dan fokus!
3)Taknak main-main dah, dan nak berbaik dengan semua orang yang aku benci :D
Emm, tu jela kot sebenarnya mungkin banyak agy, tapi ade yang terlalu privacy so aku taknak arh korunk sume tau kang aku gak yang malu.Sebenarnya aku takde banyak sangat cite nak bagitau.
Aku cuma nak cakap :~~






