Hai korang :)
Korang2 , korang pernah tak dikecewakan oleh insan bernama lelaki? Atau lebih sinonim dengan panggilan Kaum Adam? Nak tahu kenapa tiba2 aku tanya soalan tu? Sebab aku , mungkin sudah banyak kali dikecewakan pada usia yang belum cukup 15 tahun . Terlalu muda? HAHA dah tua lahh sebenarnya . Aku sangat kecewa dengan sikap sesetengah daripada manusia ni yang selalu menilai orang lain tanpa mengetahui cerita yang sebenarnya . Nak tahu apa benda yang aku nak cerita ni? Ini dia . Mungkin ada daripada korang yang dah tau sedikit daripada cerita ini . Baru2 ini, aku sudah dikecewakan oleh seorang lagi kaum Adam yang mempergunakan asetnya untuk mempermainkan perempuan . Ya, aku terlalu bodoh kerana mempercayainya . Tetapi, mungkin sudah hikmah kenapa aku sering malu2 dengannya , kerana Allah ingin menghalang kitorang daripada melakukan maksiat seperti berpegangan tangan . Haa, mungkin bagi korang tu perkara biasa, yelah budak bandar. Mesti korang ingat aku ni budak kampung . Sangkaan korang salah. Aku adalah anak jati Selangor , duduk di kawasan bandar . Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu biasa melihat pasangan kekasih berdua-duaan di taman ataupun tepi tasik. Aku adalah seorang perempuan yang sudah begitu sinonim dengan pasangan 'couple' di sekolahku .Mungkin korang hairan kenapa aku ni seperti baik sangat , atau lebih sesuai dikatakan 'skema' ?
Mungkin sebab ni lahh sekarang ramai remaja yang menjadi terlalu bebas dan lebih suka bersosial . Sebab apa? Diorang taknak dikatakan skema dan alim. HAHA . Bodohnya diorang . Apa diorang ingat dunia ni kekal? Apakah pandangan orang lain terhadap diorang begitu penting? Kenapa kalau orang berbuat baik , orang kata "Alahaii , alimnyaa" atau "Skema doh ko ni" . Tetapi, jika orang melakukan maksiat , orang kata "Haa , ni lah anak jantan/ perempuan hot" . Ehh , dah lari daripada cerita laa . Okey aku sambung . Apabila sudah dikecewakan, maka ada seorang lagi lelaki yang datang dalam hidupku . Dialah yang membuat hidupku bercahaya seperti dahulu . Dia hanyalah seorang lelaki yang kukenal melalui telefon bimbit, tetapi aku akui yang kehadirannya banyak menyembuhkan lukaku yang memang sudah terluka sejak lama dahulu . Sekurang-kurangnya , dia membuatkan aku mempercayai lelaki , dan bukannya membuatkan aku terus hanyut dalam andaianku , bahawa lelaki ini hanyalah pemusnah hidup wanita . Setelah dia hadir , ada manusia yang mengatakan bahawa aku ini perempuan yang terhegeh-hegeh kepada lelaki. Sebab apa? Aku sentiasa menantikan kehadirannya .Tetapi, aku sentiasa sedar akan batasan kami, dan aku tidak pernah menaruh harapan kepadanya . Dia hanyalah pengubat lukaku , atau lebih sesuai kukatakan , sahabatku .
Sunday, June 6, 2010