Hai korang koranggg sume . Aku ade satu cite menarik nihh nk bagitau . Wey2 , korang tau tak yang lelaki ni semuanya x guna? Tahu x wey? Kalau tak tahu lagi , nahh aku dah bagitau HEHE . Nak tau apa buktinya? Banyak gile weyy . Ini dia :
Bukti Pertama :
Masa aku tingkatan 1 dulu , aku ni kan aktif gila dalam Myspace . Jadi aku banyak la komen2 , mesej2 en . Then, aku ada la kenal seorang abang tingkatan 2 ni , sekolah aku gak . Selepas itu , lama2 dah borak2 , dye minta 'couple' . aku 'accept' . Selepas beberapa hari, dia minta 'clash' . Memang dasar lelaki tak sedar diri kan? HAHA . Sudah lumrah lelaki kan . Kemudian, masa aku tingkatan 2 . Masa Hari Pesta Makanan, aku pergi gerai kakak aku (*buat makluman korang, lelaki itu sekelas dengan kakak aku) . Bila kawan2 dye dah tau yg aku ni pernah ter'couple' dengan dye , diorang pon usik2 lahh aku ini yang tak berapa nak lawa . Dye pulak syok mengusha aku ini . Dah nampak betapa 'baik'nya lelaki?Nak lagi? Ini dia ...
Bukti Kedua :
Yahh, ini mengenai bekas kekasihku yang comel ! Hak3 . Okey , kitorang kan dah 5 bulan 'couple' , then 'clash' . Korang nak tau satu benda? Dia menggedik minta 'clash' sebab aku dah cerita kat blog ni dulu yang aku nak minta 'clash' tapi x sanggup . Bila dia dah tau benda tu, dia takut la aku bwat betul2 en , so dia mengambil langkah inisiatif dengan membuat aku rasa seperti hendak menerajangnya. Nak tau ape? Mintak 'clash' tu la! Itu merupakan bukti yang sangat kukuh yang membuktikan bahawa lelaki ini penakut? atau lebih sesuai dikatakan dayus? apa-apa je lah . nilaikan sendiri ...
Bukti Ketiga :
Ini pula mengenai si ketot yang sungguh keding HAHA . Begini, pada mulanya, dia menggunakan orang perantaraan antara aku dan si dia (dayus x dia ni?) . Lama2 , aku dah kenal sendiri , dah tengok muka dia yang tak berapa nak comel tu , aku pon melakukan tindakan yang teramat bodoh dengan memberikannya arca sabun ciptaan teman rapatku HEHE . Selepas beberapa hari , aku mendapat khabar angin yang melayang-layang , bahawasanya , dia begitu menyukai arca sabun itu sehinggakan mencium-ciumnya Hak3 . Kemudian , aku melakukan sekali lagi tindakan yang 'stupid' dengan memberinya kad . Sebenarnya, kad itu bukannya 100% isi hatiku , kerana apa? Kerana temanku tadi telah men'touch-up' kad tu . Dia pegi tambah ayat2 jiwang , tak ke mamat tu akan terlebih perasan yang aku suka kat dia? HAHAHA . Part Klimaksnya ialah pada hari ini, aku sudah mengetahui kebenaran yang teramat benar , yang si ketot+keding ini adalah 'LIAR' . Haha? Maksud aku Pembohong . Tapi , kalau liar? Emm , betul jugak kot :D . Dia ini ialah lelaki yang paling dayus , pengecut , dan superbangang sedunia . Sudahlah ketot, hendak jadi Playboy? Tolonglah broo!
Thursday, June 3, 2010