hai semua :) dan selamat malam .
aku sebenarnya tengah sedih gler2 ni sbb ada seorang makhluk , yakni ciptaan Allah juga , seperti kita semua telah membuatkan hatiku ini terasa seperti sudah pecah hancur berkecai . Rasa macam hati ni dicili-cili ngan cili api pon ada gak . Aku tak paham lahh kenapa kita sesama manusia harus , atau perlukah aku cakap 'wajib' menyakitkan hati orang lain? Apakah kerana selepas melakukan perbuatan itu, mereka terasa puas? Atau syaitan di dalam diri diorang yang puas sebenarnya? Yeahh , aku tahu dan teramat sedar yang aku ni pun sebenarnya tak sempurna . Kot2 lagi banyak syaitan dalam diri aku ni daripada diorang , sampaikan diorang berhak mengatakan yang diri ini mempunyai lebih banyak dosa daripada diorang . Apakah diorang malaikat 'atid , yang mencatat dosa manusia? Atau apakah diri ini terlampau jahat sampaikan pernah melakukan maksiat? Tidak, selama aku hidup 14 tahun setengah di dunia yang sungguh kejam ini, aku tidak pernah melakukan dosa besar. Mungkin ada yang aku tidak perasan . Tapi pernahkah aku membunuh orang? Pernahkah aku memfitnah orang? Pernahkah aku membuli orang? Atau dosa yang mungkin kecil bagi korang, meniru orang dalam peperiksaan . Pernah eyh? Pernah ke? Jawab laa . Aku sebenarnya kadang2 pernah terfikir . Hmm , bukan kadang2 , selalu . Kenapa perlu aku ada di dunia ini kalau aku sebenarnya ditakdirkan menjadi orang yang tidak berguna? Ohh , ye aku tahu aku berdosa jika menyoalkan qada' dan qadar Allah S.W.T . Tapi, apa yang diorang nak aku lakukan sebenarnya? Aku sedar yang diriku ini sangat dibenci oleh mereka . Yaa mungkin juga mereka tak ingin pun tengok muka aku ni . Yelahh , orang yang penuh dosa dan penuh dengan keburukan . Ye , sampai sekarang aku tak dapat jawapan yang aku cari, kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Kenapa aku perlu ada? Untuk apa aku ada? Adakah hanya untuk mencukupkan bilangan orang yang jahat di dunia? Atau , hanya untuk merasai kepedihan hidup? Ya Allah , bagitau la jawapan kepada soalanku ini . Aku sangat memerlukannya untuk menjadi semangat meneruskan hidup di dunia yang fana ini , kerana apa? Kerana aku hanyalah manusia biasa yang sentiasa bergantung harap padamu , dan kerana aku hanya mempunyai Kamu .
Sunday, June 6, 2010